Gantung 3 tahun Kenyataan perkauman Ahmad Ismail

Pada 9 September 2008, Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berbincang tanpa berdalih lagi. Seluruh dewan setuju menyerahkan kes ini dibincangkan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Pada 10 September 2008, Majlis Tertinggi UMNO seramai 48 orang yang dipengerusikan oleh Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat UMNO, PWTC. Keputusannya Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO dan dilucutkan hak-haknya dalam UMNO selama tiga tahun (2008-2011). Mengikut Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO itu keahliannya sebagai ahli UMNO kekal tetapi tidak boleh memegang atau bertanding sebagai jawatan dalam parti.

Datuk Shahidan Kassim yang juga ahli MT UMNO mempersoalkan tiadanya tindakan terhadapan Suqiu atau mahasiswa yang mempermainkan lagu Negaraku. Keadilan mestilah merata.[8]

Rujukan

WikiPedia: Kenyataan perkauman Ahmad Ismail http://kudaranggi.blogspot.com/2008/09/antara-pend... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Penda... http://www.klpos.com/news/2008/09/05/9.html http://www.malaysiakini.com/doc/ahmad_ismail_stm_2... http://www.malaysiakini.com/news/89438 http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms...